Sunday, January 23, 2011

Kawan Lama.

Bosan betul hari ni. Aku duduk dalam bilik je hampir satu hari. Nak tengok TV pun bosan, nak keluar tak ada mood, nak tidur tapi tak boleh nak lena. Memang rasa faktap.

Bila dah terlalu bosan, aku pergi ke rak DVD aku dan cari filem-filem untuk dilayan. Semua filem aku dah layan dekat 5 kali. Bosan. TIba-tiba, aku terjumpa kotak hitam yang agak familiar.

"Adakah ini...?" aku tanya pada diri sendiri.

"Ya," aku jawab "inilah PS2."

Seperti calon-calon SPM yang lain (batch aku), aku meluangkan masa bermain permainan video lebih banyak daripada belajar. Kalau belajar pun fikir pasal game PS2 je.

"5(x + y) - 7(2x/6) = 45y

(5x + 5y) - (14x/42) = 45y

= Grand Theft Auto: San Andreas"
(Petikan ini diambil dari kertas jawapan peperiksaan SPM untuk subjek SEJARAH)

Disebabkan PS2 inilah cita-cita aku untuk menjadi doktor tak menjadi. Ya, aku memang nak jadi doktor sebab mereka boleh bermain dengan jarum dan boleh bagi MC. Lagipun dapat kot putih yang sangat bergaya seperti direka oleh Giorgio Armani.Nampak cool ala-ala cerita Grey`s Anatomy. Oh hoh..

Tetapi, selepas mendapat keputusan untuk SPM, aku sedar bahawa aku memang tiada bakat dan kebolehan untuk meneruskan mengejar impian untuk menjadi doktor. Sebelum tu aku bercita-cita untuk menjadi cikgu tadika tapi impian itu juga hancur selepas mendapat tahu untuk menjadi cikgu tadika anda mesti reti layan budak2 and children hates me. Hancur hati.

Aku cuba pasang balik PS2 aku yang dah berhabuk seperti rumah nenek aku tetapi ada masalah dengan wayarnya yang buatnya tak boleh nak connect dengan TV aku. Sedih. Nampaknya masa hadapan aku masih cerah.

Aku letak PS2 tersebut di rak DVD aku balik. Aku akan sentiasa sediakan tempat yang istimewa untuknya di situ dan di dalam hati aku.

Selamat tidur kekasih 'gelap'ku. =(